Sunday 30 December 2012

Perjuangan Sebuah Hati

Masa begitu deras berlalu di layangkan kapal kertas bawa sapuan angin rendang menjadikan arus air menjadi begitu pantas tanpa disedari dari akhirnya tersadai pada satu destinasi yang tidak pasti. Ada berjalan mengharungi tiap tapak dengan penuh kegembiraan namun ada juga ranjau yang dilalui penuh kedukaan demi kedukaan malah mengoncang iman di taut hati agar berlaku teguh.

Kesedihan bila didengari cuping telinga membuka hati ketahui juraian air mata tidak terhenti walhal mengapa tangisan itu tidak pernah sendu kata suatu suara pada diri ini. Kerna hati masih sayang untuk meninggalkan perkara yang lalu apa lagi melupakan bukan satu perkara yang mudah. Pantas membuat keputusan hati mulai rasa tidak senang.

Kehidupan membuka banyak demensi dalam minda. Usah di ratap malah terlalu berharap kelak berharap atau sebaliknya akan mengundang nada kesal. Berserah dan berdoa moga- moga kehidupan seterusnya berselindung hikmah terselah kesyukuran.

Hati berkaca

Jangan sia-siakan apa yang kita ada. Gunakan peluang selagi berbaki untuk mengenal diri lebih dekat dan dekat lagi pada diri pantas juga padaNya.

“Hati orang, perlukah kita jaga???” “Hati orang, penting sangatkah ia?”

KITA KENA JUGA JAGA HATI ORANG! 

JANGAN SAMPAI MELUKAKAN HATI ORANG LAIN!

Berhati-hatilah dengan setiap kata-kata yang ingin kita keluarkan. Jagalah perangai dan tingkah laku kita. Jaga akhlak sebaik mungkin. 
Kita bimbang, dengan ada kata-kata atau perangai kita menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Lebih-lebih lagi, dia terasa atau sakit hati dengan kita tanpa kita sedar pun.Dalam hal menjaga hati orang ni, tiada contoh lain yang paling baik yang boleh kita ikut melainkan CONTOH yang ditunjukkan oleh NABI SAW.
Nabi SAW, sepanjang hidup baginda tak pernah menyakiti hati sesiapa pun.
Belajarlah sirah Nabi SAW. Baca dan cuba selami sejarah hidup Baginda SAW. Belajar bagaimana akhlak Nabi SAW dalam hubungan dengan sesama manusia (Hablumminannas). Belajar, fahami dan cuba amalkan semua akhlak yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW sebaik mungkin.
Bab akhlak dan jaga hati orang ni, sebenarnya kalau nak cakap memang senang. Tapi nak buat/amal, punyalah payah. Itu semua orang tahu.
Apa-apapun, yang penting, setiap kita kena jaga tutur kata. Kena jaga tingkah laku. Kena jaga hati orang, jangan sampai orang terluka dan sakit hati dengan kita. Samaada secara sengaja atau tidak sengaja. Sebab, kalau itu terjadi, kita WAJIB MINTA MAAF atas keterlanjuran kata atau sikap kita itu.

Tuesday 27 November 2012

Sehebat manapun kita....

Seseorang yang terukir senyuman manis di wajahnya di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian hatinya terukir dengan kedukaan dan kesedihan

Seseorang yang sentiasa memberi kata-kata semangat di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian dia juga mencari punca menyuntik semangat dan keyakinan

Seseorang yang kelihatan begitu gigih dan sabar di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian ia acap kali terjelepok jatuh tersembam ke bumi dalam mengumpul kekuatan 

Seseorang yang meringankan tangan membelanjakan wang sakunya di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian dia akan mengikat perut  menyimpan perbelanjaan diri untuk kehidupan 

Seseorang yang begitu rasional dalam berdepan sebarang keadaan  di hadapanmu
Sesungguhnya saat  ia bersendirian adakalanya emosi mengatasinya di dalam membuat sebarang keputusan

Seseorang yang memberikan segala kudrat tenaga untuk memudahkan urusan harianmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian sering kali jasadnya mengeluh dan mengadu kesakitan

Demikianlah kita
Walau sehebat mana di hadapan manusia
Saat kita bersendirian
Kita juga perlukan sokongan
Saat kita memberi harapan
Hakikatnya kita juga inginkan dorongan
Saat kita keseorangan
Kita juga inginkan kekuatan
Kerana kita hanyalah manusia biasa
Punya kekurangan dan kelemahan

Walau sehebat mana kita
Kita perlukan ALLAH..


MENGAPA WANITA MENANGIS

‘Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan. 
1. Punca wanita menangis.
  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
  • Mengurangkan stress.
  • Tanda keinsafan/penyesalan.
  • Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.
2. Kesan tangisan.

  • Dapat perhatian
  • Suasana rumah tangga tergugat.
  • Lelaki jadi bingung.
  • Orang lain dapat mesej.

  • Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.

Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.

Monday 26 November 2012

Mencari SABAR dalam doaku

 Mencari sabar dalam doaku. Itulahlah salah satu kekuatan diri yang saban hari dilakukan demi mengutip cebis-cebis harapan dan nyawa bagi merasai nikmat di bumi ini. Tatkala sukar digambar saban hari melihat pelbagai onak dan cabaran yang ditempuhi dek umur yang semakin meningkat dewasa. Itulah fitrah kehidupan manusia, yang manis pastinya dirasai dengan sedikit kepahitan dan kegembiraan yang dirasai pastinya diselitkan dengan sedikit kesedihan.

Kehidupan insan yang pelbagai dengan corak cerita menjadikan setiap alam yang dihinggapi ini begitu banyak dengan seribu cerita. Ia merupakan konsep mematangkan diri. Namun yang kena pasti merasainya. Seorang insan itu pastinya tidak lengkap kisah penceritaan hidupnya yang pasti diuji. Dan aku, tersenyum sendiri mengingati kembali dunia ini yang hanya persinggahan sementara. Dan pastinya, yang sudah merasai tahu bagaimana rasanya.

Perspektif manusia yang pelbagai dan begitu juga tatkala otak berfikir menggambarkan insan-insan yang dijumpai. Namun siapa kita untuk menilai kerana mungkin rambut sama hitam dan hati lain-lain. Terus aku berpatah kembali melihat susunan diri yang mungkin masih kurang ilmu untuk diisi. Tidak sedikit pun menyalahi sesiapa setiap apa yang terjadi dan ini mungkin peringatan buat diri. Namun ku yakini, setiap orang mengerti setiap insan yang dilahirkan punya hati dan perasaan.

Umur yang meningkat tidak boleh dijadikan contoh seorang itu matang dan bagaimana seseorang itu bisa mengerti dan fahami kerana setiap satu daripada insan itu sangat berbeza. Insan adalah satu kata yang begitu dekat dihatiku. Dari hanya lima huruf dan satu perkataan yang ditulis sudah cukup bermakna dalam diriku walaupun hanya kata seorang insan. Insan begitu dekat dengan penciptaNya. Dan dia pastinya menyakini setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan tertulis yang terbaik buatnya.

Namun kadang kala, insan diuji dengan kelemahan diri yang memerlukan semangat untuk bangun kembali. Tiada apa yang dapat memberikan sebuah kekuatan itu kembali melainkan dengan seharapan doa yang tidak putus-putus berkata dalam hati. Aku beranggapan berkata banyak itu jika memang tidak mengerti apa sebenarnya yang ingin disampai dan dilakukan lebih baik berdiam diri. Kerna aku percaya Dia pastinya adil untuk setiap sesuatu.

"hadiah buatku.."


Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis. Kenangan ini tiba-tiba mencuit hatiku..aku terpana kerananya. Sepotong ayat tidak semena-mena malam itu bergema dengan suatu suara, kuat memecah kesunyian malam. Ya kini segalanya aku faham..bukan semua perkara kita boleh berkongsi, hal itu."......" rupanya tak boleh kusentuh langsung. Tapi ...kasihan kepada anak-anakku yang tak pernah mendengar suara sekuat itu..takut, risau dan marah mungkin bercampur baur dalam diri mereka.

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?

Tetapi perasaan itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w

“Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga.” (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini akan berkurangan.

Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak rela perkara ini terjadi. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini

Buat diriku...!!!!

Tiada sesuatu kesusahan
ditimpakan di bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di
dalam Kitab (Luf Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan
yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu)
supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan
tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan
kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong
takbur, lagi membanggakan diri. (Al-Hadid:22-23)

BaHaGiA MemBahaGiaKaN

"Kita tak dapat membahagiakan orang lain sekiranya diri kita sendiri pun tidak bahagia"-Prof Muhaya. Setuju tak? Ada benarnya juga. Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yang bahagia. Bahagia itu pula perlu dicari. Cari cinta Allah, insyaAllah kita dapat cinta manusia. Bagaimana pula perasaan ingin memiliki dan dimiliki? Aduh, saya tidak pandai bermain dengan kata-kata..mari kita baca ayat-ayat Ustaz Pahrol Mohamad Juoi kat bawah. Semoga hati kita bahagia, isteri dan ibu yang gembira :). "Kaya ini bukan dengan memiliki tetapi apabila tidak dimiliki. Sering berlaku, kita 'dimiliki' oleh sesuatu yang kita miliki... Semoga kita sentiasa sedar bahawa harta itu adalah 'hamba' yang baik, tetapi 'tuan' yang sangat jahat. Justeru, jangan sekali-kali dimiliki oleh sesuatu yang kita miliki. Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu, selamanya, sentiasa dan di mana jua."

Pencarian Sebenar...

Wahai sahabat...apa jawabmu jika ditanya : "Bagaimana dapat kutemukan pasangan hidup yang setia?"

Kuakui soalan ini amat indah untuk dicerna, namun sukar untuk dilaksana....

Bagiku....seorang pemburu cinta....
Dia ibarat seseorang yang berada di padang rumput yang menghijau luas. Impiannya adalah mencari sehelai rumput yang paling cantik di antara sekian banyak rumput yang melata.

Dia berjalan, dan terus berjalan. Bila sahaja matanya tertancap pada sehelai rumput yang dirasakannya paling cantik, hatinya pula berkata : "Nanti dulu! Rumput-rumput di depan ini masih banyak, mungkin ada yang lebih cantik dari yang ini..."

Lalu, rumput itu ditinggalkan dan dia meneruskan pencarian. Namun akhirnya, tanpa disedari dia sudah pun sampai ke penghujung padang yang luas, tetapi tiada sehelai rumput pun yang berada di dalam genggaman...

Untuk berpaling ke belakang dan kembali mencari, dia sudah keletihan, sedang masanya juga sudah banyak terbuang tanpa penghasilan....

Inilah realiti hidup....

Justeru, dalam mencari pasangan hidup, janganlah selalu membanding-bandingkan dan berharap akan ada seseorang yang lebih baik di hadapan, kerana jika itu kau lakukan, masamu akan hilang, tubuhmu pasti kelelahan...

Ambillah pedoman agama....pesan rasul menjadi syaratnya, pasti bahagia akan kau kecapi sehingga ke syurga sana, InsyaALLAH :)


Monday 22 October 2012

Bersyukur

Mudah untuk kita lafaz..syukur
tapi di hati kecil mesti ada terdetik jua rasa tidak puas hati ..macam-macam perkara yang tidak kena lagi..
sampaikan ada ketika perkara tu sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang tidak ada.
entahlah sampai bila baru perasaan puas hati tu nak ada..tapi kalau kita rajin melihat orang yang kurang
daripada kita mesti timbul juga kepuasan dengan apa yang kita ada. Elakkan membanding dengan orang
yang lebih tinggi daripada kita. Dengan cara ini maka kita akan terus bersyukur dengan apa yang kita ada..insyaallah.

Monday 15 October 2012

Rindu!!!.....

Ya...dah lama tak menulis ..

rasa banyak benda yang tersimpan

kalau dapat ku kongsi agaknya rasa lega

tak lah berat sgt untuk kusimpan dalam memori ni..

kalau nak diukur ruang pen drive dah penuh rasanya...

nak kusimpan lama takut terkena virus plak..

maka wujudlah blog baruku...