Mencari sabar dalam doaku. Itulahlah salah satu kekuatan diri yang saban
hari dilakukan demi mengutip cebis-cebis harapan dan nyawa bagi merasai
nikmat di bumi ini. Tatkala sukar digambar saban hari melihat pelbagai
onak dan cabaran yang ditempuhi dek umur yang semakin meningkat dewasa.
Itulah fitrah kehidupan manusia, yang manis pastinya dirasai dengan
sedikit kepahitan dan kegembiraan yang dirasai pastinya diselitkan
dengan sedikit kesedihan.
Kehidupan insan yang pelbagai dengan corak cerita menjadikan setiap alam
yang dihinggapi ini begitu banyak dengan seribu cerita. Ia merupakan
konsep mematangkan diri. Namun yang kena pasti merasainya. Seorang insan
itu pastinya tidak lengkap kisah penceritaan hidupnya yang pasti diuji.
Dan aku, tersenyum sendiri mengingati kembali dunia ini yang hanya
persinggahan sementara. Dan pastinya, yang sudah merasai tahu bagaimana
rasanya.
Perspektif manusia yang pelbagai dan begitu juga tatkala otak berfikir
menggambarkan insan-insan yang dijumpai. Namun siapa kita untuk menilai
kerana mungkin rambut sama hitam dan hati lain-lain. Terus aku berpatah
kembali melihat susunan diri yang mungkin masih kurang ilmu untuk diisi.
Tidak sedikit pun menyalahi sesiapa setiap apa yang terjadi dan ini
mungkin peringatan buat diri. Namun ku yakini, setiap orang mengerti
setiap insan yang dilahirkan punya hati dan perasaan.
Umur yang meningkat tidak boleh dijadikan contoh seorang itu matang dan
bagaimana seseorang itu bisa mengerti dan fahami kerana setiap satu
daripada insan itu sangat berbeza.
Insan adalah satu kata yang begitu dekat dihatiku. Dari hanya lima huruf
dan satu perkataan yang ditulis sudah cukup bermakna dalam diriku
walaupun hanya kata seorang insan. Insan begitu dekat dengan
penciptaNya. Dan dia pastinya menyakini setiap yang berlaku pasti ada
hikmah dan tertulis yang terbaik buatnya.
Namun kadang kala, insan diuji dengan kelemahan diri yang memerlukan
semangat untuk bangun kembali. Tiada apa yang dapat memberikan sebuah
kekuatan itu kembali melainkan dengan seharapan doa yang tidak
putus-putus berkata dalam hati.
Aku beranggapan berkata banyak itu jika memang tidak mengerti apa
sebenarnya yang ingin disampai dan dilakukan lebih baik berdiam diri.
Kerna aku percaya Dia pastinya adil untuk setiap sesuatu.
No comments:
Post a Comment