Monday 1 December 2014

Panduan Untuk menjadi Isteri solehah

Nabi saw. bersabda, “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.”(HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”.
(HR At-Tirmidzi)

Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?”. Jawab Nabi; “Suaminya“. Aku bertanya lagi; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?”. Jawab Nabi; “Ibunya“.
(HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?”

Bersabda Rasulullah saw.
Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA.”
(HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Nabi saw. bersabda,
Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw. dan bertanya, “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya ? Rasulullah saw. menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim)

Nabi saw. bersabda,
Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi.
 (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda,
 ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.
(HR Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda,
”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.”
(HR Ath-Thabrani)

Firman Allah swt. “... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…
(an-Nisaa’: 34)

Nabi saw. bersabda,
Dan sebaik-baik wanita(isteri) ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu“.
(HR Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Nabi saw. bersabda,
 “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.
 (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda,
Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.”
(HR Nasa’i)

Nabi saw. bersabda,
 “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.
 (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Nabi saw. bersabda menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga pada hal wanginya boleh dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.
(HR Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah saw. dan para sahabat melakukan solat gerhana dengan solat yang panjang , Rasulullah saw. melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda saw. menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalau kamu berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu.’ ”
(HR Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.”
(HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda,
 “Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka“.
(HR Ahmad)

Sumber : lenggangkangkung-my.blogspot.se/2011/07/panduan-untuk-menjadi-isteri-solehah.html

Monday 1 July 2013

Tentang Sedekah


 Assalamualaikum w.wbt
Andai kita di beri waktu untuk bersedekah maka apalah salahnya kita membuat kebajikan itu dengan penuh kerelaan..walaupun saat itu kita di himpit sesak!
Waktu senang kita penuhi dengan limpahan rezeki yang tidak terhingga akan tetapi saat orang dalam kesusahan mengapa kita agak galak mengambil kesempatan di atas kejadian tersebut..
Kehakiman harta yang dimiliki kadang-kala buat kita bangga tapi kenikmatan yang kita kumpulkan di sana bagaimana pula sekiranya kita tidak mampu bertolak – ansur dengan orang lebih bahagia dari kita segi kehidupan baik, kewangan, keupayaan..
Fikirkan sedalam-dalamnya seharusnya kehidupan dititi itu bukan untuk di jaja kemanisan di dunia tapi harus seiring dengan akhirat supaya insan-insan kurang bernasib baik juga akan dapat melunak kebaikan apa kita hadirkan untuk mereka.

Sunday 7 April 2013

JIWA YANG RESAH APA UBATNYA???

Al-Quran...

BETAPA mahalnya harga ketenangan jiwa. Banyak yang mengorbankan apa saja untuk mendapatkannya. Namun, ramai yang salah cara. Lihat saja orang sanggup menghabiskan berjam-jam tenggelam di tempat hiburan meneguk minuman keras.
Ada yang menghabiskan wang yang banyak bagi mendapatkan pil penenang, namun ketenangan yang dicari tidak kunjung tiba. Ba�nyak perkara yang membuat seseorang berasa tertekan, kecewa dan kacau.
Pada peringkat ini, mereka yang menderita kerap melakukan tindakan di luar akal fikiran manusia. Namun, Islam memberikan ubat dan penawar merawat ketena�ngan.

Berikut adalah langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa:

■ Membaca dan mendengarkan al-Quran

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.


■ Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan: “Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan. Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.

Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.


 Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.

Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.


■ Menjaga silaturahim

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubu�ngan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjang�kan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.


■ Banyak mengucapkan la hawla wa la quwwata illa billah

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.

Kuatnya hubungan kita de�ngan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.


■ Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.

Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.


■ Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.

Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.


■ Tidak meminta kepada orang lain

‘Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah’ adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.

Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.


■ Menjauhi hutang

Dalam sebuah hadis, Rasulul�lah dengan tegas mengatakan: “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!” Sahabat berta�nya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu! Sabdanya: Kerana hutang.” Begitulah kenyataan�nya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.

Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan: “Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”


■ Selalu berfikir positif

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.

Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif.

Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?

(oleh: ustaz mohd zawawi yusoh

Wednesday 6 March 2013

Teringat masa kecik!!!




Ibuku juga pernah berpesan:

"Sentiasalah bangun awal pagi dan terus membuka semua tingkap rumah & pintu utama sebaik shj terbitnya matahari. Kalau bangun lambat, rezeki pun lambat & mungkin x dpt langsung pd hari ini"

Bila difikir2 balik,mungkin ada betulnya....pernah beberapa kali ibu yg selalu bangun awal membeli sayur-sayuran & ikan pd penjual sayur & ikan yg datang dari rumah ke rumah sering memberikannya dgn harga murah dan kadang-kala diberi percuma...Itu pun dianggap rezeki kan...
Bagaimana kalau yg bangun lambat? Sudah tentu sayur-sayuran dpd pilihan org lain yg sudah tidak diingini yg tinggal..kadang-kala sayaur-sayur & ikan tersebut sudah layu @ pun tdk segar.

PANDUAN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTEROL DAN LEMAK


Pilihan Makanan 

Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut.
Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak.
Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soya
Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman.
Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan.
Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)

Penyediaan Makanan

Buang kulit dan lemak yang ternampak pada ayam dan daging sebelum dimasak.
Kurangkan minyak semasa memasak.
Bakar, kukus atau rebus makanan.
Gantikan santan dengan susu kurang lemak semasa penyediaan makanan.

MENU & TIP2…….. 


Makan quacker oat meal setiap pagi memang sudah terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol yg tak bagus.

Kawal lah berat badan dgn menjaga porsi makanan kita. Misalan nya kalau dulu kita makan dua pinggan nasi, sekarang makan satu pinggan saja. Kalau satu pinggan, sekarang setengah pinggan.

Banyakkan merebus. Jangan menggoreng.

Banyakkan makan low fat. Misalan minum kopi hitam/teh kosong. Jgn tambah susu pekat. Jgn makan kek atau dessert seperti pastries yg banyak menggunakan telur dan mentega. Ada kek yg menggunakan putih telur dan minyak makan seperti kek sponge - ini OK.

Makan daging yg berwarna putih seperti dada ayam. Buang kulitnya.

Banyakkan makan dari kacang soya.


Banyakkan sayuran dan buah buahan. Pilih yg warna nya terang atau merangsang seperti lobak merah tapi bukan lobak putih. Pilih bayam,cekur manis, sawi hijau tapi bukan kobis putih. Tembikai dan mangga mempunyai warna yg sungguh exciting.


Bersenam memang lah BORING. tapi kalau kita dapat exercise yg fun, yg kita suka, tak lah boring. Kalau tak ada senaman yg fun, apa kata berjalan kaki? jgn jln slow slow, pantas kan sikit. Pakai seluar panjang yg tak gelobos dan tak ketat dan tak menyapu jln. untuk keselamatan. Jalan selama lima menet setiap hari. Bila dah syiok jln lima menet, jln selama sepuluh menet pulak. Tambah waktu berjalan sehingga satu jam setiap hari atau lebeh. Exercise lima kali seminggu 
 ps : nak cantik ke x nak .. semua atas diri sendiri .. tepuk dada tanya selera .. pada aku yg penting aku sihat dan berusaha utk menjadi dan menjaga tubuh badan agar sentiasa sihat .. insyaallah nak seribu daya :)  Kulit bersih , wajah cantik semuanya dtg dari dalaman badan kita .. dan petua aku adalah mudah banyakkan minum air masak dan bukan air batu iaitu ais .. aku selalu amalkan minum air masak 2 hingga 3 liter dlm sehari .. :)