**aNtaRa PiLihAn dAn pEnEnTuaN.. aNtaRa tAdbiR daN taKDiR.. aNtaRa KeSemPuRNaaN daN peNCaRiaN.. SeMuaNya MeNaGiH KePaDa sIkaP BeRhaTi-HatI.. jaNgaN TeRLaLu CePaT, HiNgGa TerSaDuNg.. JanGaN TeRLalu pErLaHaN HinGgA TeRLamBaT..**
Tuesday, 27 November 2012
Sehebat manapun kita....
Seseorang yang terukir senyuman manis di wajahnya di hadapanmu
Seseorang yang sentiasa memberi kata-kata semangat di hadapanmu
Seseorang yang kelihatan begitu gigih dan sabar di hadapanmu
Seseorang yang meringankan tangan membelanjakan wang sakunya di hadapanmu
Seseorang yang begitu rasional dalam berdepan sebarang keadaan di hadapanmu
Seseorang yang memberikan segala kudrat tenaga untuk memudahkan urusan harianmu
Demikianlah kita
Walau sehebat mana kita
MENGAPA WANITA MENANGIS
‘Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.
1. Punca wanita menangis.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.
2. Kesan tangisan.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.
1. Punca wanita menangis.
- Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
- Mengurangkan stress.
- Tanda keinsafan/penyesalan.
- Sebagai ugutan emosi.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.
2. Kesan tangisan.
- Dapat perhatian
- Suasana rumah tangga tergugat.
- Lelaki jadi bingung.
-
Orang lain dapat mesej.
- Mata bersih dan sihat.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.
Monday, 26 November 2012
Mencari SABAR dalam doaku
Mencari sabar dalam doaku. Itulahlah salah satu kekuatan diri yang saban
hari dilakukan demi mengutip cebis-cebis harapan dan nyawa bagi merasai
nikmat di bumi ini. Tatkala sukar digambar saban hari melihat pelbagai
onak dan cabaran yang ditempuhi dek umur yang semakin meningkat dewasa.
Itulah fitrah kehidupan manusia, yang manis pastinya dirasai dengan
sedikit kepahitan dan kegembiraan yang dirasai pastinya diselitkan
dengan sedikit kesedihan.
Kehidupan insan yang pelbagai dengan corak cerita menjadikan setiap alam
yang dihinggapi ini begitu banyak dengan seribu cerita. Ia merupakan
konsep mematangkan diri. Namun yang kena pasti merasainya. Seorang insan
itu pastinya tidak lengkap kisah penceritaan hidupnya yang pasti diuji.
Dan aku, tersenyum sendiri mengingati kembali dunia ini yang hanya
persinggahan sementara. Dan pastinya, yang sudah merasai tahu bagaimana
rasanya.
Perspektif manusia yang pelbagai dan begitu juga tatkala otak berfikir
menggambarkan insan-insan yang dijumpai. Namun siapa kita untuk menilai
kerana mungkin rambut sama hitam dan hati lain-lain. Terus aku berpatah
kembali melihat susunan diri yang mungkin masih kurang ilmu untuk diisi.
Tidak sedikit pun menyalahi sesiapa setiap apa yang terjadi dan ini
mungkin peringatan buat diri. Namun ku yakini, setiap orang mengerti
setiap insan yang dilahirkan punya hati dan perasaan.
Umur yang meningkat tidak boleh dijadikan contoh seorang itu matang dan
bagaimana seseorang itu bisa mengerti dan fahami kerana setiap satu
daripada insan itu sangat berbeza.
Insan adalah satu kata yang begitu dekat dihatiku. Dari hanya lima huruf
dan satu perkataan yang ditulis sudah cukup bermakna dalam diriku
walaupun hanya kata seorang insan. Insan begitu dekat dengan
penciptaNya. Dan dia pastinya menyakini setiap yang berlaku pasti ada
hikmah dan tertulis yang terbaik buatnya.
Namun kadang kala, insan diuji dengan kelemahan diri yang memerlukan
semangat untuk bangun kembali. Tiada apa yang dapat memberikan sebuah
kekuatan itu kembali melainkan dengan seharapan doa yang tidak
putus-putus berkata dalam hati.
Aku beranggapan berkata banyak itu jika memang tidak mengerti apa
sebenarnya yang ingin disampai dan dilakukan lebih baik berdiam diri.
Kerna aku percaya Dia pastinya adil untuk setiap sesuatu.
"hadiah buatku.."
Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis. Kenangan ini tiba-tiba mencuit hatiku..aku terpana kerananya. Sepotong ayat tidak semena-mena malam itu bergema dengan suatu suara, kuat memecah kesunyian malam. Ya kini segalanya aku faham..bukan semua perkara kita boleh berkongsi, hal itu."......" rupanya tak boleh kusentuh langsung. Tapi ...kasihan kepada anak-anakku yang tak pernah mendengar suara sekuat itu..takut, risau dan marah mungkin bercampur baur dalam diri mereka.
Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?
Tetapi perasaan itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana.
Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya
pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah
cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang
tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku
ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah
jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w
“Mana-mana
wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya,
maka ia akan masuk ke dalam syurga.” (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan
Ibnu Majah).
Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban
hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram,
cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara
kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu.
KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu.
KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan
hati ini akan berkurangan.
Namun, jika aku punya pilihan, pastinya
aku tidak rela perkara ini terjadi. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan
ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana
suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga
bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini
Buat diriku...!!!!
Tiada sesuatu kesusahan
ditimpakan di bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di
dalam Kitab (Luf Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan
yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu)
supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan
tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan
kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong
takbur, lagi membanggakan diri. (Al-Hadid:22-23)
BaHaGiA MemBahaGiaKaN
"Kita tak dapat membahagiakan orang lain sekiranya diri kita sendiri pun tidak bahagia"-Prof Muhaya.
Setuju tak? Ada benarnya juga. Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yang bahagia. Bahagia itu pula perlu dicari. Cari cinta Allah, insyaAllah kita dapat cinta manusia. Bagaimana pula perasaan ingin memiliki dan dimiliki? Aduh, saya tidak pandai bermain dengan kata-kata..mari kita baca ayat-ayat Ustaz Pahrol Mohamad Juoi kat bawah. Semoga hati kita bahagia, isteri dan ibu yang gembira :).
"Kaya ini bukan dengan memiliki tetapi apabila tidak dimiliki.
Sering berlaku, kita 'dimiliki' oleh sesuatu yang kita miliki...
Semoga kita sentiasa sedar bahawa harta itu adalah 'hamba' yang baik, tetapi 'tuan' yang sangat jahat.
Justeru, jangan sekali-kali dimiliki oleh sesuatu yang kita miliki.
Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu, selamanya, sentiasa dan di mana jua."
Pencarian Sebenar...
Wahai sahabat...apa jawabmu jika ditanya : "Bagaimana dapat kutemukan pasangan hidup yang setia?"
Kuakui soalan ini amat indah untuk dicerna, namun sukar untuk dilaksana....
Bagiku....seorang pemburu cinta....
Dia ibarat seseorang yang berada di padang rumput yang menghijau luas. Impiannya adalah mencari sehelai rumput yang paling cantik di antara sekian banyak rumput yang melata.
Dia
berjalan, dan terus berjalan. Bila sahaja matanya tertancap pada
sehelai rumput yang dirasakannya paling cantik, hatinya pula berkata :
"Nanti dulu! Rumput-rumput di depan ini masih banyak, mungkin ada yang
lebih cantik dari yang ini..."
Lalu,
rumput itu ditinggalkan dan dia meneruskan pencarian. Namun akhirnya,
tanpa disedari dia sudah pun sampai ke penghujung padang yang luas,
tetapi tiada sehelai rumput pun yang berada di dalam genggaman...
Untuk
berpaling ke belakang dan kembali mencari, dia sudah keletihan, sedang
masanya juga sudah banyak terbuang tanpa penghasilan....
Inilah realiti hidup....
Justeru,
dalam mencari pasangan hidup, janganlah selalu membanding-bandingkan
dan berharap akan ada seseorang yang lebih baik di hadapan, kerana jika
itu kau lakukan, masamu akan hilang, tubuhmu pasti kelelahan...
Ambillah pedoman agama....pesan rasul menjadi syaratnya, pasti bahagia akan kau kecapi sehingga ke syurga sana, InsyaALLAH :)
Subscribe to:
Posts (Atom)